Di sini

Monday, June 8, 2015

Nafsu Memasak

Hari ni aku puasa. Wah, rajin ek. puasa ganti. last day =_='  maklumlah, pelbagai rintangan dilalui, baru sempat dan ingat nak ganti huhu.

Hari ini aku saje menyiksa siri dengan blogwalking ke page Mat Gebu yang penuh dengan makanan tu. Weh, bukan hari ini sahaja aku ni menerokai menu-menu orang, sudah sekian lama. Tetapi, sejak aku berpindah ke Ipoh, kesukaran memasak telah membuatkan aku tekanan kerana tidak dapat meluahkan perasaan aku terhadap masakan sobss.

Arghhhh. tak sabar rasanya selesaikan berpindah (LAGI) ke rumah sewa. sekarang bilik sewa, tak boleh masak T_T. Sehingga lah sudah berapa kali berturut-turut hujung minggu aku balik ke Selama (rumah suami), aku cuba mencari peluang nak masak. Tapi rasa macam tak cukup time. Kelmarin balik sampai Selama petang, kedai lauk pun dah tutup. Memang hati membuak nak masak. Tapi aku tetap curahkan perasaan aku terhadap masakan selagi mampu. Haa..hambik kau, jenuh aku nak habiskan makanan tu tauuu.

Hal ini mungkin bertambah parah kerana kedai yang aku selalu tapau tidak mencapai had maksima deria rasa aku.

Cepatlah setel rumah sewaaaaa.


2 comments:

  1. saya memahami perasaan awak. saya doakan urusan sewa awak selesai segera! :)

    ReplyDelete
  2. haha. mekasehh. sedihh tau, dah la dah nak puasa ni huhu sobs

    ReplyDelete