Di sini

Monday, July 27, 2015

4 Perkara Raya Jawa

Ini adalah rutin di kampungku, Kampung Baru, Sungai sumun, Bagan Datoh, Perak setiap kali raya.

1) Bertukar Juadah
Kebiasaannya, seawal 2 hari sebelum raya sehinggalah pagi raya, rumah kami serta jiran terdekat akan mengamalkan bertukar-tukar juadah raya. Mak akan masak menu terpilih untuk tujuan itu seperti nasi impit+rendang ayam+biskut sikit siap-siap bungkus. Biasanya ada dalam 20 bungkus means 20 rumah mihmih. We called it 'ngunjung' in jawa hihi. Seronok sebab dapat makan lauk lain yang mak tak buat contohnya rendah kerang. hihi. mak aku memang tak buat nih confirm! memang aku tunggu sangat lauk tu sampai hihi. dulu selalu dari jiran depan rumah tu, tapi dah meninggal huhu sobss.

2) Pecal
Yang ni memang rutin, tumbuk kacang guna lesung kayu yang besar tu. Menu pecal memang menu wajib la rumah kami sebab itu antara menu berat yang mudah dan cepat untuk disediakan dan pastinya sedap. Biasanya pecal dimakan dengan sayur-sayur sahaja, tapi kami alter sikit tambah maggi sebagai pilihan hihi. Hari tu kat kampung kawan adik aku datang habis licin sebab lapar sangat kot stuck jem huhu. Kadang orang tak reti makan, dulu ada jugak kawan aku datang, tak tahan pedas =_= Aku bagi nama makanan tu untuk diorg 'spageti jawa' haha sebab ada megi :P


 3) Sambal Goreng
Yang ni pun memang menu wajib jugak. Disebabkan penyediaannya agak rumit dan costly, jadi ia hanya disedikan pada hari raya. Menu ni sebagai kuih raya jugaklah untuk diratah. Memang terkenal dikalangan jawanies hihi. And menu ni menjadi pilihan untuk goodies aku masa aku kahwin tahun lepas hihi.


4) Baraan / Rombongan Raya
Kami orang jawa panggil baraan. Baraan ni biasanya dilaksanakan dengan kaedah berpakat. Disebabkan kampung aku tu ada 4 simpang, jadi macam dibahagikan ikut simpang atau ikut 'qariah'. So, contoh raya pertama, siang, baraan ke simpang pertama, jadi ikutlah qariah yang sama atau yang lain yang boleh join. Next, mungkin raya ke-2 malam qariah lain pulak. Biasanya mereka akan habiskan beraya untuk 20 ke 25 rumah dalam satu sesi. Mereka cuma akan datang beraya dalam masa 10minit jer. Air pun kami dah tuang siap-siap. Tujuannya supaya dapat bermaafan satu kampung! hihi.

4 comments:

  1. wah syioknya bila tradisi tukar juadah masih diamalkan. baru la ada kecoh2 n sibuk2 sket kan. hehe...salam lebaran dan perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya dengan lauk in advance hihi. slm perkenalan, thx singgah :D

      Delete
  2. mertua pun jawa..tapi xla buat gini.hehe

    cuma no 2 n 3 tu mmg makanan dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tradisi tu dah tak diamalkan kt tmpt mertua sis hihi

      Delete