Di sini

Wednesday, June 3, 2015

PENGALAMAN 'BLEEDING' DAN BERSALIN BAYI PRA-MATANG

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya melahirkan bayi pra-matang. Mungkin ada bakal ibu di luar sana yang ingin mengetahui serba sedikit pengalaman melahirkan bayi pra-matang. Yelah, terutama bagi ibu yang pertama kali mengandung, memang rajin la meng'google' info-info berkaitan untuk dijadikan panduan, kalau nak harapkan pengalaman orang sekeliling, kebanyakannya hanya berkongsi pengalaman yang normal.

Untuk makluman awal, saya telah melahirkan bayi pra-matang pada minggu ke 26 kandungan, 840g,  hidup hanya 3 hari dalam inkubator dan Allah ambil nyawanya. Maaf jika saya membuat bakal ibu risau, lain orang, lain kisahnya, tapi kalau sama, ini bukanlah malapetaka, malah anugerah yang sangat bermakna :')

Selama 6 bulan kandungan, dari sejak bulan pertama kandungan, aku sudah mengalami 'spotting'. Bila rujuk kepada doktor, doktor kata masih normal. Tapi aku tetap diberi ubat 'kuat rahim'. Aku makan, tapi tak habis =_='. Jadi, bila tiap bulan keluar spotting, aku hanya abaikan, sebab anggap normal kerana spotting berlaku pada tempoh yang sepatutnya aku period jer.

Selama 6 bulan juga, hampir tiap hujung minggu, aku dan suami pasti pergi keluar window shopping ke...maklumlah, kami 'weekend husband and wife', aku pula, duduk sekali bersama abg dan kakak ipar aku. Jadi, keadaan yang lebih privacy adalah, di luar rumah =_='. Tak cukup dengan itu, kami juga ada beberapa kali travel Selama-KL atau KL-Muar atau KL-Bagan Datoh. Biasalah komitmen bulanan kan. Lebih-lebih lagi, pada kandungan 4 bulan tu, suami perlu berkursus di KL selama 3 bulan. Lagilah kuat berjalannya. Sakit pinggang, sakit kaki jangan cakaplah, asyik mintak suami picitkan. Tambahan lagi, aku ni bekerja, memang kerja aku pun banyak memandu sekitar KL dan Selangor. Tak perlu cerita tugas, memandu ke tempat kerja pun dah cukup buat aku sakit pinggang, jalan jem! Y_Y

Itulah kehidupan aku. Yang pertama kali bergelar suami isteri, pertama kali mengabil tahu soal bayi. masih belajar hidup.

Bermulalah kisah. Eh, baru nak mula ke hihi.

Seminggu sebelum kejadian 11hb Oct, suami diserang demam denggi. Tapi belum tahap warded lah. Hampir je. seminggu tu, suami M.C. Aku jaga la dia mana yang sempat, sebab aku kerja. 2 hari terakhir M.C suami tu, suami hampir sihat dah. Malam tu 15hb, aku tidur macam biasa. Suami juga. Baru sejam tidur, tangan aku jatuh atas tilam, dan terasa basah-basah. Tangan aku terus meraba tilam, mata aku makin segar. Aku terus duduk, lihat bayang basah sekitar aku duduk. Suami terjaga, aku kata 'sayang..apa basah-basah ni?'. Suami kata lagi dalam mamai, 'pasanglah lampu'. Aku sambung, 'sayang...darah....' walaupun gelap, aku dapat rasa itu darah sebab keadaan basah tu sangat gelap. Suami terus pasang lampu. Ya, memang darah. Tapi aku tak terasa sakit apa-apa pun.

Terus siap-siap, bergegas ke hospital. packing mana sempat, mana tahu kena warded. Syukurlah suami disisi, sepatutnya suami tidur di Maktab Cheras semasa kursus, tapi sebab M.C dia ada di rumah.

Disebabkan 2hari sebelum tu aku baru ke hospital UMRA Shah Alam untuk check jantina, jadi malam itu aku membuat keputusan untuk ke hospital UMRA juga. Bila sampai sana, doktor check, scan. Doktor kata, dia tak pasti mana punca, tak nampak kebocoran pendarahan. Tapi, melalui gambar scan ni, doktor suspek ada satu 'extra placenta' yang kecil. Maksudnya, mungkin sebelum ni nak jadi kembar, tapi satu kantung saja menjadi, satu lagi kosong, dan doktor suspek mungkin benda tu yang nak keluar. Doktor terus minta aku pergi ke Hospital Besar Sungai Buluh. Aku turutkan jua walaupun dalam hati hairan juga, UMRA pun hospital juga, kenapa dia minta aku ke hospital lain. =_='

Setibanya di Hospital sekitar jam 2.00 a.m, nurse check pad aku, 'Ya..fresh blood, tukar baju'. Aku pun tak faham, apa yang fresh blood? kenapa tukar baju? layankan saja. Baring, doktor 1 dan 2 datang. Doktor tanya, ada jatuh ke, ade bersama suami ke, ade sakit ke. Aku jawab tak, tak dan tak. Then doktor scan, tapi dia juga macam tak pasti kenapa. Aku beritahu dia, beberapa sejarah dan info kandungan.

1st check klinik swasta, said ada fibroid.
Check dengan hospital sg.buloh, tiada fibroid, mungkin uri yang dimaksudkan.
Masa check jantina di UMRA, doktor kata ada amniotic band.
Masa last check bleeding tu pula, ada extra placenta.

Doktor tu pun tak pasti. =_=. Doktor check bawah, darah. Memanglah darah, dari tadinye punnnn. aku dah confuse dah tengok doktor ni. Lepas tu, dia kata, 'takpelah, you rest dulu, esok pagi kita minta doktor pakar check'. O.K..baru nak mengenali jenis-jenis doktor =_='. aku pun keluar beritahu suami yang sudah terlelap atas kerusi tu, suruh dia balik dulu. Aku pun tidur. Jam 5.00 a.m, kena kejut, kena cucuk DEXA! Sakitttttt! Aku tak bersedia pun untuk cucukan itu..huwargghhh. Aku tak tahu pun waktu tu, apa nama cucukan tu ke, untuk apa ke. Esoknya baru aku tanya nurse, itu cucukan untuk matangkan paru-paru bayi. Aku terus minta suami google. Suami kata, akan ada cucukan kedua selepas 12jam. aku buat tak paham jer, berharap hanya salah faham. tapi aku silap, jam 5.00pm aku kena lagi. Baru nak bangun pergi kat suami yang baru sampai kat luar wad emergency tu. Terpaksa tanggungkan setengah jam tahan sakit. O.k, mari lupakan cucukan itu.

Pagi tu, 16hb, doktor pakar buat scan kat aku, dia nampak extra placenta, dan dia juga sahihkan ada satu lagi bulatan gelap tu, adalah 'cyst'. Sila google la ya cyst tu, doktor tu siap cakap gambar dari UMRA tu lebih jelas menunjukkan itu cyst. Jadi, tambah la lagi satu kemungkinan. Aku juga turut berkongsikan semula beberapa maklumat tentang kandungan aku yang dimaklumkan doktor lain sebelum ini. Jadi, doktor pakar itu scan keseluruhan kandungan.

Selepas check, doktor kata,
"Fibroid memang tiada. Ade selaput amniotic band, tapi tidak menjejaskan bayi, bayi cukup jari semua. Berkaitan bleeding you, I tak nampak mana-mana kebocoran atau pendarahan berlaku dalam kandungan you, uri juga kat atas, jadi I cuma suspek you mungkin hanya mengalami kecederaan kecil, jadi kita hanya pantau you sahajalah setakat ni. Jika you sakit, mungkin you akan bersalin, tapi you jangan risau, I rasa you o.k. Cuma you perlu betul-betul kering dari pendarahan ni baru boleh discharge"

So, aku pun lega sikit. Berharap agar bleeding ni kering dan kandungan selamat.

Tapi petang tu, aku mula rasa tak selesa dengan perut aku, aku ingat hanya baby main-main, tapi macam pelik je sakitnya. sampai tak selesa lah nak duduk lama. Tapi aku tak cakap kat doktor lah hihi.

Setelah dua hari di pantau di wad kecemasan, aku dipindahkan ke wad biasa. Aku risau juga naik ke wad biasa, mesti doktor lain yang ambil alih, tak faham keadaan aku. Ya, tepat sekali. Malam tu, selepas sampai wad biasa, aku minta 'tuala wanita' cap hospital kat nurse, nurse kata, tak bawa ker? haish..aku kat bawah wad emergency tu disediakan, tapi kat sini kena minta pula. Dia bagi, dan pesan tunjuk kat dia pad yang dah guna. Sambil tu, aku sempat minta suami bawakan pad di rumah. So, bila tunjuk, nurse macam panik, banyak darah. Aku pula rasa sebab gegaran kerusi roda tu, dan memang macam tu pun kuantitinya dari semalam. Lepas tu, nurse panggil doktor, habis kena serbu, cek bawah lagiiii. Doktor pegang perut, katanya ada 'contraction', bila doktor tanya, sakit tak? aku jawab, tak. Hakikatnya aku pun tak pasti lah macamana sakit contraction tu. Memang aku agak tak selesa, tapi google ada yang kata biasa. Tak faham aku, first time kan. Esoknya doktor lain maklum kat aku, risiko-risiko yang mungkin aku akan alami. Muka nak serius. Doktor lain masih buat hati aku tenang. Lepas doktor tu beritahu risiko, kalau aku sakit, aku akan bersalin, dan baby tu 50-50. Lepas doktor pergi, mesej suami sambil nangis Y_Y.

Isnin, aku dah rasa selesa, aku fikir, mungkin dah nak o.k. bleeding pun semakin berkurang. Tenang sikit hati aku. Boleh la jalan-jalan jauh sikit tengok t.v haha.Selasa, doktor lain datang kata nak ambil sample bawah. Haishh..aku hangin sikit, haritu dah cek bawah, dah korek,ambil sample, tapi?? mana?? tak simpan!! Selepas kejadian tu, aku rasa macam bleeding jadi balik, perut kembali tak selesa. Rabu, sepatutnya boleh discharge, tapi sebab aku sepatutnya ade appoinment Khamis, dengan doktor cek jantung kat klinik pakar di hospital tu, doktor hold, nak buat haritu tak boleh, PUBLIC HOLIDAY. aku sedih lagi. Y_Y. Esoknya, lepas check, petang tu, boleh discharge. Ya Allah...hati rasa nikmat sangat, rasa macam baru keluar penjara. (Macam pernah masuk pula).

Malam tu jugak aku masih rasa perut tak selesa, aku fikir, biasa. Esoknya seharian tak selesa, masak bubur nasi je sorang2 di rumah, suami pergi kursus. Baring je sepanjang hari, makin petang, makin sakit. Solat asar pun, asalnya berdiri, tukar jadi duduk. Sampai lah suami depan mata, aku tunggu selesa sikit nak solat maghrib, tapi masih tak o.k, suami ajak hospital, aku masih geleng. phobia agaknya. suami kata, 'awak ni macam lain macam je sakitnya' sambil mata kemerahan. Baru la aku fikir, ini ke sakit contraction? Flash back apa yang aku pernah baca, lenguh pinggang, buang air kecil kerap, ya..itu yang jadi petang tadi. Suami kata dia beli makanan dulu, takut apa-apa jadi, dah makan siap. aku o.k ja. Tengah suami bungkus tu, aku mesej dia, cakap tak tahan.

Suami balik, siap-siap, terus gerak, dalam kereta mengerang sahajalah, tapi dalam sakit tu, boleh lagi taknak ke hospital sg.buloh, sebab phobia, singgah hospital bersalin Pusrawi, sebab lebih dekat. Suami tanya, hospital tak terima katanya, dia cuma terima kalau nak bersalin je. Aku terus jawab, habis tu aku ni sakit apaaa? (rupanya suami bilang sama itu nurse yang aku sakit perut dan bleeding =_="). Then terus ke Hospital Sg.Buloh juga. Sampai jam 9.30 pm, doktor kata bukaan dah 10cm. 10.22p.m. selamat bersalin. dengar suara jantan halus anak aku tu....siapa sangka, itu yang pertama dan terakhir dengar suara dia. Syukurlah suami juga disisi, berpeluang dengar suara anak kami. Bayi kami terus ditolak ke NICU.

Okay, itu sahaja, nanti saya kongsikan cerita di lain entry, 3 hari hayat anakku Allahyarham Muhammad Fauzan.

Bagi bakal ibu, percayalah, apa sahaja ketentuan dariNya, haruslah kita redha, supaya hidup kita akan lebih tenang. Tetapi sebelum redha, mestilah kita berusaha dahulu ya.

Selepas kejadian itu, ramai juga yang bertanya,

Orang : 'macamana boleh bersalin awal?'
aku  : 'tak tahulah, benda nak jadi kan..'
Orang : ' doktor tak beritahu?'
aku : 'tak. memang sesetengah kes doktor sendiri tak tahu punca'

Kesimpulan untuk kes aku ni, bagi pendapat aku lah, badan aku tak kuat, aku penat, aku stress kerja dan aku driving. Selain tu, kalau physically, sebab extra placenta tu. Setuju tak? Wallahualam...







14 comments:

  1. Niza seorg yg kuat semangat..klu sy dh nangis tersedu2..Allah maha mengetahui stp yg terjadi..betul..klu redha hati kita jd tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersedu2 jgklah awal2 tu...tp byk terima kata2 positif.. Alhamdulillah..dapat lalui dgn tenang :)

      Delete
  2. sedihnya NIZA, tp ko mmg kuat, so 7 bulan lah ko dh bersalin eh? xpelah.Allah syg anak ko.cuba lg ye.sedih aku baca.ni lah perkara yg ibu ibu sangat takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bsalin 6bulan stgah.. InsyaAllah..nk cuba tu mmg nak la jgk..tp kadang phobia dgn badan sndiri..huhu

      Delete
  3. Emm sedihnya... Anak pertama... Tapi tak apa la.. Allah lebih sygkan dia.. Nanti pregnant lagi, blog tau! Tak sabar nak baca.. N make sure jaga kandungan baik2. Jangan stress, jangan buat benda berat2 lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. InsyaAllah.. thanks for your care dear :)

      Delete
  4. Sedihnya baca entri awak ni.. xpe dear.. anak tu akan mendoakan untuk awak di syurga. Awak memang kuat.. moga allah sentiasa merahmati awak.. amin..

    ReplyDelete
  5. Sedihnya baca entri awak ni.. xpe dear.. anak tu akan mendoakan untuk awak di syurga. Awak memang kuat.. moga allah sentiasa merahmati awak.. amin..

    ReplyDelete
  6. sy dilahirkan 27 minggu ank pertama ..berat 1kg.2 bulan kt NICU.tu dr yg Mak cerita.Allhamdulillah sekarang sy sihat cuma badan kecil je..
    Bila kwn2 tau sy ni lahir pra-matang semua mestinkatab patutla awk ni sakit2.Tapi sy rasa tak pun.sakit normal je.in shaa allah akn berkahwin cuma yg sedihnya kawen pakai wali hakim dek kerna lahir kurang dr 8 bulan.. setiap ank megharapkn ayah jadi wali.😢 tp nk buat cmna.lahir pramatang,ank perempuan pertama lak tu.

    ReplyDelete
  7. sy dilahirkan 27 minggu ank pertama ..berat 1kg.2 bulan kt NICU.tu dr yg Mak cerita.Allhamdulillah sekarang sy sihat cuma badan kecil je..
    Bila kwn2 tau sy ni lahir pra-matang semua mestinkatab patutla awk ni sakit2.Tapi sy rasa tak pun.sakit normal je.in shaa allah akn berkahwin cuma yg sedihnya kawen pakai wali hakim dek kerna lahir kurang dr 8 bulan.. setiap ank megharapkn ayah jadi wali.😢 tp nk buat cmna.lahir pramatang,ank perempuan pertama lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kan...anak sy dah tak respon pada mesin..dah biru.. :(

      Delete
  8. stiap ibu pasti sedih khilangan anak..xpa anak awak akan tggu ibu dia di syurga..arwah abg sya pn sma mninggal time mak pregnant 6 bulan lebih.mak sya cerita..insyaallah ada hikmah sebalik smua nie..prangcangan allah itu lebih baik.

    ReplyDelete
  9. stiap ibu pasti sedih khilangan anak..xpa anak awak akan tggu ibu dia di syurga..arwah abg sya pn sma mninggal time mak pregnant 6 bulan lebih.mak sya cerita..insyaallah ada hikmah sebalik smua nie..prangcangan allah itu lebih baik.

    ReplyDelete
  10. dh jam 6.36 ptg, masih sdg bekerja, ape yg puan critakan kt atas ni mmg penah lalui 2mggu lalu, same sebijik situasi,
    pjj gn suami, and situasi mmg sme. cerita travel pn same. bila baca Allah ambil dia, sebak hati ini. skrg sy dh 32mggu, tp sakit dexa tu mseh rse.
    cntraction awal pn mseh rse.
    smoga puan terus kuat!

    ReplyDelete