Di sini

Tuesday, July 21, 2015

Raya 2015: Day 1: Selamat Hari Raya!!

Lets throw back Raya memories today!

First of all, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!!!!

Tahun ni, as per mentioned before, aku beraya di rumah mertua, which was at Muar, Johor. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat perjalanan kami sepanjang perayaan sangatlah lancarrrr...tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas yang drastik walaupun kami menggunakan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Ade terkena sikit sahaja di kawasan Muar, itu pun hanya beberapa traffic light. Syukur sangat. Aku la paling bahagia sebab aku banyak tidur sepanjang perjalanan kihkihkih. Aku tolong drive cuma dari Subang-Senawang je, itupon sebab suami dah mengantuk sangat, yelah, dari Kedah kan dia drive. Aku berhenti Senawang pun sebab jealous tengok suami aku tidur kat sebelah haha kejam tak isteri hihihi. 50% perjalanan aku tidur jer hihi. Sedor-sedor dah nak sampai, tarik tudung yang sememeh tu, bukak pintu masuk rumah sambung tidur kihkih

A day before raya, aku la satu-satunya girl yang membantu mak mertua aku sediakan juadah Raya. Maklumlah, anak ibu semua lelaki, menantu sulung tak balik raya pula. Its ok Ibu, serahkan segalanya pada menantumu ini, menantumu ini sungguh pakar bab-bab penyediakan makanan raya haha. itu tipu. Aku tolong je, main masterchef-nye ibu la hihihi.

Hari Raya! Kami mulakan pagi raya tu dengan juadah raya la of course!!


Part menghidang ni memang aku la punye keje hihi. Keluarga suami jarang beraya di Muar, dan ini kali ke-2 buat suami. Biasanya suami dan family akan beraya di kampung opah di Ipoh, Perak. Tapi tahun lepas arwah ayah tak sihat, jadi tak raya di Ipoh, dan sekarang arwah sudah takde, lagi la tak beraya Ipoh kann huhu. Jadi aku sangka, ibu akan buat menu simple-simple je sebab tak biasa kan. Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Indahnya beraya kalau kau dapat ketupat di pagi raya! yeay!!

Menu MIL sungguh menerujakan haha. Kari Ayam, Sayur Lodeh, Sambal Kacang and Rendang Daging. Its so perfect!

Sayur Lodeh
Rendang Daging
Sayur lodeh tu memang favorite suami. Tapi paling nangis rendang daging MIL ni sedap hingga menjilat jari kauuu. Sampai la adik ipar aku boleh tanya aku, 'Kak, memang ibu suruh hidang rendang ni ke kat diorang?' (masa tu ada tetamu). Adik ipar aku tak bagi habiskan sebab sedap sangat hahaha. Terok perangai kihkih. Dah selesai isi perut, kami pun bersiaplah untuk ke Masjid bagi menunaikan solat aidil fitri hihi.

Balik dari Solat Aidil Fitri
Ibu request nak bergambar balik sembahyang raya depan rumah ni. Nikmatilah naked face aku konon suci murni balik sembahyang raya tu huhu. Pastu semua bersiap untuk sesi bermaaf-maafan. Syahdu jugaklah, first time raya without ayah. Tapi MIL sangat kuat semangat. Kagum je tengok.

Dah selesai, apa lagi, adik ipar photographer, takkan takde gambar raya kannnn hihi. Kak ipar tompang berkaki-kaki la dik oi nak letak dalam blog ni haaa hihihii

muka fotostat betullah pengapit nihh hihi

Gambar siap edit by adik ipar hihi. Lepas sesi bergambar, kami terus menziarahi kubur, dari kubur ayah sampailah semua tok sedara semua. Lepastu beraya 2 rumah sahaja sebab hari jumaat kan. Rushing sikit. Malam pulak berderet-deret tetamu. Syukurlah anak bujang ibu pun ada boleh harap jugak sediakan air ke ape untuk tetamu. Tak menang tangan menantu sorang hihihi

Last but not lease, Wefieeee :DDD

Shopping baju last minit, shopping tudung malam raya haha

2nd Raya with Husband <3 br="">

Days 2, Days 3, Days 4...to be continue...hihi

4 comments:

  1. Hello there! blog walking! Selamat Hari Raya! Sedapnyaaa laukkkkk. he he.

    ReplyDelete
  2. Cantikla color tema baju hihi..idea utk taun depan :)

    Salam aidilfitri :)

    ReplyDelete